29 December 2008

Maal Hijrah

Hari ini umat Islam menyambut kedatangan tahun baru, 1 Muharram 1430H.
Tahun baru, buku baru.
Azam baru?? Insyaallah.....



Teringat semasa di sekolah menengah dulu, kami diwajibkan untuk menyanyikan lagu Maal Hijrah setiap pagi semasa perhimpunan/senaman pagi sepanjang bulan Muharram.
Hasilnya, senikata lagu tesebut masih segar di ingatanku...

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman!

Semoga tahun ini umat Islam akan lebih bersatu-padu, menolong antara satu sama lain dan bangkit membanteras ketidak adilan dan kekejaman di dunia ini....

No comments: